new chapter began

Assalamualaikum dan selamat petang,

tahun 2016 adalah sesuatu cabaran bagi kita semua kerana terdapat banyak masalah yang perlu dihadapi oleh kita semua,

dalam entry ni, aku tak nak tulis panjang lebar sangat cuma nak bagitahu tentang kehidupan seorang remaja seperti aku, tak lama lagi perjuangan besar akn tiba. pada masa itu, aku akan merasa sangat fokus untuk menghadapi segala rintangan yang akan datang saat detik itu dan tahun depan pun adalah yang mendearkan bagi aku kerana akan menerima keputusan aku yang akan menentukan hala tuju aku selepas ini sebagai pelajar lepasan SPM , adakah aku akan masuk ke kolej matrikulasi atau asasi mahupun Flying Academy.

haaaa, mengenai flying academy tu aku sangat minat sebab aku nak menjadi seorang aviator yang cemerlang. kenapa cemerlang? sebab aku nak menjadi aviator yang terbaik antara terbaik dalam kalangan aviators sekalian dan aku harap akan menjadi seorang aviator yang mampu banggakan ibu bapa pada masa hadapan, insha allah.

daripada tahun-tahun sebelum ini, aku telah banyak mempelajari tentang kehidupan di dunia ini, tentang fenomena alam yang berlaku, tindak balas kimia, kajian hidup mengenai hidupan dan macam macam lagi la, Insha Allah selepas ini aku akan terus berusaha untuk belajar dan belajar sampai tahap mana yang aku boleh lakukan, janganlah kita mengharap sesuatu yang tak mungkin terjadi kerana itu akan memudaratkan kita suatu hari nanti.

aku juga nak share kenapa aku nak jadi aviator(pilot) seperti yang dinyatkan di atas tadi, ini sebabnya aku berasa selesa melihat pemandangan awan dan membawa sebuah jet dengan kelajuan yang tinggi, oh ya, aku juga suka akan kelajuan sesuatu objek yang bergerak, timbulnya rasa minat ini bermula sejak kecil lagi ketika berumur 4 tahun kerana masa itu aku selalu terbang di awan biru bersama keluarga dan aku merasakan terbang itu merupakan sesuatu perkara yang hebat yang membuatkan aku rasa teruja untuk mengendalikan sebuah jet suatu hari nanti. dan tahun lalu semasa penerbangan aku ke KLIA , ku dibenarkan masuk ke dalam cockpit pesawat b738 malaysia airlines, alhamdulillah kata-kata semangat diberikan kepada aku untuk terus maju dan capai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. dan yang paling aku ingat captain tu cakap "jangan tinggalkan solat walupun di mana-mana sahaja". ini membuatkan aku rasa kagum kerana beliau lebih mengutamakan solat dalam segala urusan.

insha allah kalau ada peluang yang datang aku akan cuba rebut peluang tu sampai dapat dapat dan aku selalu pegang kata-kata ni "do not dream my dream if I don't strive for it"

terima kasih kerana sudi membaca dan mohon maaf sekiranya ada kesilapan .

Comments